Saturday, July 13, 2019

Sejarah SMK Subang dan Bilik B.O.S.S


Sekolah Menengah Kebangsaan Subang mula beroperasi pada 1 Januari 1997 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cerakah. Pengetua yang pertama ialah Datin Norsiah binti Ariffin dengan bilangan gurunya berjumlah 22 orang, iaitu 15 orang siswazah dan 7 orang guru bukan siswazah. Bilangan kelasnya, 7 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas peralihan.

Sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan SS17,Subang Jaya. Bangunan Blok Satria telah digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. dua buah bilik di aras empat bangunan Blok Wira telah digunakan sebagai pejabat dan bilik guru. Pihak sekolah juga menggunakan semua kemudahan yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan SS17, Subang Jaya, seperti penggunaan makmal dan sebagainya.

Pada Januari 1999,sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri di Kampung Melayu Subang dan secara rasmi bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Subang atas persetujuan PIBG berdasarkan lokasi sebenar sekolah ini.



Sekolah Menengah Kebangsaan Subang

LATAR BELAKANG BILIK B.O.S.S SMK SUBANG

Pada tanggal 1 Januari 1997, bilik operasi SPBT SMK Subang telah diwujudkan seiring dengan penubuhan sekolah ini walaupun pada masa itu bilik B.O.S.S masih menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan SS17, Subang Jaya.

Bermula pada tahun 2012, bilik B.O.S.S adalah di bawah kelolaan Puan Rosnah Binti Ab Rahman iaitu pengetua SMKS dan dipengerusikan oleh GPK HEM, Tn. Hj. Shamidi Bin Kosiran. Guru SPBT sesi pagi pula diketuai oleh Puan Suraya Binti Kasmuri, Puan Annur Binti Mohamad dam Puan Rusmaziha Binti Mohamed. Manakala bagi sesi petang pula diketuai oleh Puan Saidah Binti Munari, Puan Siti Salamun Binti Ismail dan Puan Norhanom.

Bilik BOSS terletak di Bangunan A iaitu aras satu. Dua warna utama yang melatari bilik ini ialah hijau dan kuning. Warna-warna tersebut dipilih kerana bersesuaian dengan lencana sekolah yang banyak menggunakan warna tersebut.
Posted on by SPBT SMKSUBANG | 1 comment

1 comment: