Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang uang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara-perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.
Sehubungan dengan itu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengurusan BOSS terutamanya guru penyelaras SPBT dan jawatankuasa BOSS kerana telah melaksanakan pengurusan SPBT dengan baik.
BOSS yang cemerlang melambangkan pengurusan yang mantap dan berkesan disebabkan oleh komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak. Semoga peningkatan prestasi BOSS di SMK Subang akan menjadi hasrat seluruh warga. Saya berharap dengan kewujudan bilik BOSS ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelanggannya yang teridi daripada semua warga SMK Subang.
Menerusi pengurusan yang cemerlang ini juga diharapkan kadar gantian buku teks dapat dikurangkan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat buku teks. Usaha ini sesungguhnya dapat menjimatkan wang kerajaan bagi mengantikan buku yang rosak setiap tahun.
Akhir kata, marilah kita kukuhkan lagi pengurusan BOSS dari semasa ke semasa. Saya berharap semua warga SMK Subang mampu berusaha dengan lebih gigih dan saling bekerjasama kearah pengurusan BOSS yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
Zanariah Binti Abu Bakar
![]() |
Bilik B.O.S.S SMK Subang |